Followers

Tuesday, July 6, 2010

Program gotong royong membersihkan sekolah PTDH

Alhamdulillah pada tanggal 3 hb Julai 2010 iaitu pada hari Sabtu lepas, PIBG dengan kerjasama pihak sekolah PTDH telah mengadakan satu program gotong royong membersihkan dalaman sekolah yang telah hampir bertahun-tahun tidak pernah dibersihkan. Seingat saya sejak saya mula menghantar anak saya mula bersekolah di PTDH tidak pernah diadakan program gotong royong seperti ini yang melibatkan penyertaan dari pihak PIBG dan juga guru-guru PTDH iru sendiri.Insya allah sebelum kedatangan bulan Ramadhan al mubarak yang akan tiba tidak berapa lama lagi bangunan PTDH akan berubah wajah di mana baggunan tersebut akan di cat dan diwarnakan semula supaya ianya lebih tampak seria dan gah dipandangan mata.
Program yang bermula pada pukul 9 pagi itu berakhir pada pukul 1 tengah hari. Apa yang saya ingin rakamkan adalah jutaan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang telah ditunjukkan di antara kedua-dua belah pihak PIBG dan PTDH itu sendiri. Kepada ibubapa yang hadir pada hari tersebut , saya sebenarnya ingin melahirkan rasa terharu dan berbangga di atas sumbangan yang tuan-tuan dan puan-puan berikan. Hanya Allah sahaja yang akan membalas segala sumbangan bakti anda semua. Terima sekali lagi.Syabas juga diucapkan kepada pihak pengurusan PTDH yang telah menunjukkan iltizam dan innovatif yang tinggi untuk sama-sama menjayakan program gotong royong membersihkan banggunan sekolah.

Thursday, June 3, 2010

MESYUARAT PIBG DI TUKAR TARIKH

Assalamualaikum wbt .....Alhamdulillah mesyuarat di antara PIBG dengan Pengurusan pihak sekolah Pusat Tahfiz Darul Hafizin (PTDH) baru berakhir sebantar tadi iaitu pada kira-kira pukul 10.25 pm. Ianya bermula agak lewat dari yang dijadualkan iaitu pada pukul 8.30 pm. Keadaan cuaca yang menyaksikan hujan turun dengan lebat sejak pukul 7 pm dipercayai menjadi punca kelewatan ibu bapa tiba ke sekolah. Seperti kebiasaan jumlah kehadiran ibu bapa sehingga ke pertengahan mesyuarat masih belum berada di tahap memuaskan. Apa pun jutaan terima kasih saya ucapkan di atas kerjasama yang telah ditunjukkan di kalangan mereka yang hadir walaupun terpaksa membawa anak kecil bersama.

Sebaik sahaja minit mesyuarat yang lalu di sahkan, tuan Hj Aznan yang merupakan salah seorang pengasas PTDH telah sudi menjawab beberapa persoalan dan pertanyaan dari peserta.Kebanyakan isu yang dikemukakan adalah berkaitan dengan kebajikan guru, hala tuju PIBG sekolah, usaha promosi , pembentukan dana dan kewangan sekolah , matlamat penubuhan pihak sekolah, semuanya telah dikupas dan diperhalusi oleh Tn Hj Aznan sekali sekala di bantu oleh Tn Hj Azhar yang juga merupakan salah seorang pengasas bersama PTDH. Insya allah butir butir lengkap mengenai agenda mesyuarat akan di muat naik di blog ini dalam masa terdekat ini.

Monday, May 31, 2010

MESYUARAT DI ANTARA PIBG DAN PENGURUSAN PIHAK SEKOLAH PTDH

ASSALAMUALAIKUM WBT ... Dah lama saya tak mengemaskini blog PIBGPTDH ini. Namun saya ingin memaklumkan kepada semua ibu bapa berkenaan satu mesyuarat tergempar antara PIBG dan pengurusan pihak seklah . Maklumat lanjut berkenaan mesyuarat tersebut adalah seperti di bawah :

Tarikh : 5 Jun 2010 (Sabtu)

Masa : 9.00 am - 11.00 am

Tempat : Pusat Tahfiz darul Hafizin , Jln Dato Keramat.

Agenda : Akan diberitahu kemudian.

Sehubungan itu saya ingin menjemput semua ibu bapa/ penjaga pelajar-pelajar kita di PTDH untuk sama-sama hadir pada mesyuarat kali ini bagi memberi input dan maklum balas untuk sama-sama merangka strategi jangka pendek/panjang bagi membina hala tuju dan masa depan yang lebih dinamik,konkrit dan berdaya saing dalam merealisasikan semua visi dan misi sekolah yang telah dirancang.

Sunday, March 7, 2010

Video acara sukaneka yang berlangsung di Komplek Sukan Taman setiawangsa pada hari Sabtu Ahad 6/3/10 yang lalu akan di uploadkan dalam masa terdekat. Harap bersabar.

Thursday, February 25, 2010

SUKANEKA DAN HARI KELUARGA PTDH

TARIKH: 6 MAC 2010 BERTEMPAT DI KOMPLEK SUKAN TAMAN SETIAWANGSA KL

MASA : 7.30 AM HINGGA 2 00 PM

JANGAN LUPA DATANG BERAMAI-RAMAI.